Monday, 26 December 2011

Panduan Memilih Permainan Untuk Anak Anda

Terlalu banyak alat permainan yang ada di pasaran sekarang. Tetapi bagaimana hendak memilih yang terbaik untuk si manja anda? Permainan bukan hanya berfungsi sebagai hiburan untuk anak anda. Ia adalah sumber utama untuk perkembangan  anak anda.
Dengan memberikan anak alat permainan yang sesuai dengan usia mereka,  ia akan membantu si manja membesar menjadi lebih kognitif dan kreatif. 


0-6 Bulan : Merangsang Perkembangan Deria dan Pergerakan Bayi (Motor-Development)


Penglihatan bayi yang baru lahir adalah terhad, yang mana mereka lebih tertarik kepada objek hitam-putih, warna yang terang dan mainan yang bergerak perlahan-lahan serta mengeluarkan bunyi yang lembut. Di awal usia 2 hingga 3 bulan, bayi akan mula belajar meneliti tangan mereka. Malah si kecil turut menghisap jarinya dan mula mencapai barangan permainannya sendiri.


Untuk bayi berusia bawah 6 bulan, antara alat permainan yang sesuai ialah :
Rattles dipakai di pergelangan
tangan dan berbunyi bila si manja
menggerakkan tangan 
  • Rattles, teethers, kotak muzik dan mainan lain yang mengeluarkan bunyi untuk mendedahkan si manja dengan kepelbagaian bunyi dan tekstur
  • Alat mainan yang boleh bergerak dan berwarna-warni yang boleh merangsang penglihatan si manja
  • Pusat aktiviti yang menggalakkan si kecil mencapai dengan sendiri
  • Video dan muzik pembelajaran yang sesuai dengan usia yang dapat merangsang penglihatan dan pendengaran si kecil.


6-12 Bulan : Permainan Interaktif


Menginjak ke usia 6-12 bulan, si manja  mulai mampu menggunakan kedua tangannya secara sendiri dan mengeksplorasi apa sahaja di sekitar mereka. Pergerakan koordinasi tangan-mata semakin baik; si manja tertarik dengan permainan 'tepuk tangan' dan ' cak-baa' (peek-a-boo). Malahan, kebanyakan bayi mula merangkak pada usia mencecah 7 -10 bulan. 

Pusat aktiviti

Untuk bayi berusia 6-12 bulan, antara alat permainan yang sesuai ialah :
  • Pusat aktiviti dengan mainan bergantung yang dapat mengeluarkan bunyi dapat menarik si manja melakukan pergerakan, contohnya ELC Blossom Farm Sit Me Up Cosy Deluxe. 
  • Anak patung yang lembut
  • Mainan yang mengeluarkan bunyi dan muzik
  • Buku cerita, contohnya soft/cloth book
  • Buaian (bouncer) dan rocker 


12-18 Bulan : Permainan Goal-Oriented 


Kebanyakan si manja mula berjalan dan dengan kemahiran baru ini mereka bersemangat untuk mengeksplorasi dan bereksperimen. Mereka mula meniru percakapan dan perbuatan orang dewasa. 

Untuk anak kecil berusia 12-18 bulan, antara alat permainan yang sesuai ialah :
Wagon
  • Puzzles, menyusun blok spt Lego yang menggalakkan si manja bereksperimen dan mengasah kemahiran pergerakan (motor-skills)
  • Kereta / basikal mainan (wagon/trikes) yang dapat menguatkan otot si manja
  • Alat permainan muzik yang mudah spt piano mainan
  • Anak patung yang lembut
  • Mainan yang mengeluarkan bunyi dan muzik, video pembelajaran yang sesuai dengan usia
  • Buku cerita, contohnya soft/cloth book


18-24 Bulan : Permainan Penyelesaian-Masalah (Problem-Solving)


Pada usia ini, si manja mula berimaginasi. Mereka boleh menyusun objek dengan membezakan warna dan bentuk, mengikut arahan mudah dan menari mengikut irama muzik.


Untuk anak kecil berusia 18-24 bulan, antara alat permainan yang sesuai ialah : 
Playhouse
  • Rumah mainan (playhouse), kuda mainan berenjut (rocking horses), peralatan mini
  • Puppets, anak patung dan kostum
  • Puzzles, blok dan set binaan spt Lego dapat mengasah dan membina kemahiran menyelesaikan masalah
  • Kereta / basikal mainan (wagon/trikes) yang dapat menguatkan otot si manja
  • Alat permainan muzik yang mudah spt piano mainan
  • Anak patung yang lembut
  • Mainan yang mengeluarkan bunyi dan muzik, video pembelajaran yang sesuai dengan usia
  • Buku cerita, contohnya soft/cloth book


24-36 Bulan : Usia Penguasaan 


Sekarang, si manja sudah bersedia untuk projek kraf, sukan mudah dan 'board games'. Si manja sangat responsif kepada muzik, video dan buku. Kebanyakannya sudah mula fasih berbicara pada usia 3 tahun. Dengan perkembangan ini, mereka sudah bersedia untuk mainan 'kanak-kanak besar'.

Untuk anak kecil berusia 24-36 bulan, antara alat permainan yang sesuai ialah : 
Permainan membina blok
  • Membentuk objek dengan tanah liat, papan tulis
  • 'Board games' mudah seperti dam ular dan sebagainya
  • Set mainan kereta api/kereta; anak patung dengan aksesori spt 'Barbie dolls'
  • Rumah mainan, kuda mainan berenjut (rocking horses), peralatan mini
  • Puzzles, blok dan set binaan spt Lego dapat mengasah dan membina kemahiran menyelesaikan masalah
  • Kereta / basikal mainan (wagon/trikes) yang dapat menguatkan otot si manja
  • Alat permainan muzik yang mudah spt piano mainan
  • Anak patung yang lembut
  • Mainan yang mengeluarkan bunyi dan muzik, video pembelajaran yang sesuai dengan usia
  • Buku cerita, contohnya  soft/cloth book
Selain itu, ibu bapa harus peka dengan memilih alat permainan yang mempunyai penandaan logo MC (Malaysian Conformity), CE (Conformité Européenne) atau yang disahkan keselamatannya oleh piawaian antarabangsa yang lain.

Sumber : Onestepahead

No comments:

Post a Comment